Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

LAWATAN BAGI SEMAKAN KETERSEDIAAN GO-LIVE PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3

23 Jun 2022 | 23 Zulkaedah 1443H (Khamis) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menerima lawatan daripada Bahagian Teknologi Maklumat (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Razalan bin Kamal, Pengarah BTMK bersama 5 orang lagi Pegawai Teknologi Malumat iaitu Puan Qulam Fatimah binti Sapuani, Puan Hasmaniza binti Ainullah, En Mohd Rushdan bin Hashim, En Mohd Khairul Iszat bin Ab Bakar dan En Rizal bin Ismail. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat semakan rangkaian, perkakasan dan aplikasi di kaunter pendaftaran, dewan bicara, lokasi pegawai SULH, lokasi penghantar notis/bailif dan lokasi pembantu hakim di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka serta Mahkamah Rendah Syariah Masjid Tanah.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh alfadhil Ustaz Luqman Nul Hakim bin Aziz. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah. Diikuti dengan satu sesi taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 yang disampaikan oleh Tuan Mohd Razalan bin Kamal, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh pegawai SULH, pendaftar serta pembantu hakim. Seterusnya, pihak BTMK mengadakan lawatan semakan di lokasi-lokasi berikut iaitu di kaunter pendaftaran aras 1, lokasi pegawai SULH, lokasi penghantar notis/bailif dan lokasi pembantu hakim. Setelah selesai semakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka, pihak BTMK meneruskan sesi semakan ke Mahkamah Rendah Syariah Masjid Tanah. Diharapkan sesi lawatan ini akan memberi impak yang besar dan hasil yang diingini tercapai. Terima kasih kepada pihak BTMK kerana sudi memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 kepada warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3
SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3
SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3 SEMAKAN KETERSEDIAAN GO LIVE ESV3
FaLang translation system by Faboba