Majlis Makan Malam “Jasamu Dikenang” untuk YA. Tuan Mohd Asri Bin Tahir
19 Mei 2017 | 22 Syaaban 1438H (Jumaat) - Majlis Makan Malam “Jasamu Dikenang” untuk YA. Tuan Mohd Asri Bin Tahir telah diadakan di Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik) Sungai Putat, Melaka jam 08.00 malam bagi menghargai perkhidmatan beliau di Mahkamah Syariah Negeri Melaka selama lapan tahun, walau singkat tapi amat bermakna.
Majlis perpisahan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie YAA Datuk Haji Mohd Radzi Bin Haji Abdul Latif, Hakim-hakim dan semua pegawai serta kakitangan Ibu Pejabat dan MRS Daerah. Dalam majlis tersebut beliau telah mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan MSNM kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang penempatan beliau di sini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan bekerjasama bagi menjayakan majlis perpisahan anjuran Kelab Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi MSNM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Dipertua Kelab, Ketua Pendaftar dan Semua hakim Mahkamah Tinggi Dan Rendah Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Disediakan Oleh: Ramlah binti Kassim