mySMS

Gerbang SMS Kerajaan - mySMS
mySMS merupakan satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888.
Kini anda boleh menggunakan mySMS untuk mendapatkan maklumat lokasi Jabatan Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
Cara penggunaan adalah seperti berikut :
Untuk mengetahui lokasi mahkamah NEGERI :
Taip ESYARIAH <Negeri>
dan hantar ke 15888
Untuk mengetahui lokasi mahkamah DAERAH :
Taip ESYARIAH <Daerah>
dan hantar ke 15888
Kos Penghantaran SMS : RM0.15
Kos Penerimaan SMS : RM0.20
CONTOH :
1)LOKASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
Taip ESYARIAH MELAKA & SMS ke 15888
2)LOKASI MAHKAMAH SYARIAH DAERAH ALOR GAJAH
Taip ESYARIAH ALOR GAJAH & SMS ke 15888
Berikut merupakan senarai perkhidmatan bagi Mahkamah Syariah Negeri Melaka menggunakan mySMS :
Kod
|
Subkod
|
Mesej Penghantaran
|
Keterangan
|
---|---|---|---|
ESYARIAH
|
MELAKA
|
Taip ESYARIAH MELAKA & SMS ke 15888.
|
Alamat Mahkamah Syariah Negeri Melaka
|
ESYARIAH
|
MELAKA_TGH
|
Taip ESYARIAH MELAKA_TGH & SMS ke 15888.
|
Alamat MRS Melaka Tengah
|
ESYARIAH
|
ALOR_GAJAH
|
Taip ESYARIAH ALOR_GAJAH & SMS ke 15888.
|
Alamat Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Alor Gajah
|
ESYARIAH
|
JASIN
|
Taip ESYARIAH JASIN & SMS ke 15888.
|
Alamat Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Jasin
|
Sila klik di sini untuk muat turun pamplet mySMS Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Untuk mendapatkan lain-lain perkhidmatan kerajaan menggunakan mySMS sila layari Laman Web Rasmi mySMS di http://www.mysms.gov.my/