Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perutusan Ketua Hakim Syarie Sempena Ramadhan 1431 H & Aidilfitri 1431 H

basmallahgambar ketua hakim syarie melaka

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam 1 Malaysia, Melaka Maju 2010,
Syukur Ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah kata dua dalam laman web rasmi Mahkamah Syariah Negeri Melaka ("MSNM") ini.

Di kesempatan ini, saya selaku Ketua Jabatan MSNM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1431 Hijrah kepada semua warga MSNM dan pelayar laman web ini. Semoga bulan yang penuh barakah ini tidak menjadi halangan kepada semua kakitangan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat khususnya dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah di Melaka ini.

Selain itu juga, Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah terpilih ke peringkat akhir Pertandingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah (“AIKP”) anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (“JKSM”) di mana semua Mahkamah Syariah di Malaysia telah mengambil bahagian. Pertandingan yang sengit ini telah dimenangi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan sepertimana yang diumumkan pada Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke 12 pada 2hb - 4hb Julai yang lepas. Namun, keputusan tersebut tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan kerja seharian kami. Kami berpegang kepada prinsip 'Tiada Kegagalan Dalam Prinsip Perjuangan'.

Di dalam ruangan yang terhad ini, saya ingin memaklumkan Mahkamah Syariah telah berjaya mendapat Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S setelah diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (lebih dikenali sebagai “MPC”) pada 17hb dan 18hb Jun 2010. Saya amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan MSNM yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam melaksanakan Amalan 5S di tempat kerja ini. Sebagai impaknya, saya dapat melihat persekitaran bekerja menjadi lebih berkualiti terutamanya dari segi kebersihan dan keselesaan. Adalah menjadi harapan saya agar Amalan 5S ini dilaksanakan secara konsisten di kalangan semua warga MSNM kerana amalan ini juga dituntut dalam Islam.

Pada tahun ini juga MSNM telah diberi pengiktirafan sebagai Pemenang Tempat Pertama di peringkat negeri Melaka dan memperolehi penarafan 4 Bintang dalam Indeks Akauntibiliti yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Ini menunjukkan bahawa kakitangan MSNM telah memberikan komitmen yang jitu serta berintegriti dalam mengendalikan kerja seharian terutama dalam pengurusan kewangan dan asset. Saya mengharapkan nilai-nilai murni ini diteruskan dan menjadi pegangan setiap kakitangan MSNM.

Kami juga mempunyai matlamat untuk mensasarkan pengikitirafan MS ISO 9001:2008 dan Indeks Prestasi Utama (atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicators (KPI))pada tahun ini yang mana berkaitan dengan pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah.InsyaAllah.

Sempena bulan yang mulia ini, saya mengharapkan agar laman web ini dapat memberikan lebih banyak informasi-informasi serta manfaat kepada semua pihak dalam memartabatkan sistem kehakiman syariah di Negara ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang komen daripada anda dalam penambahbaikan laman web ini.

Saya akhiri dengan serangkap pantun seperti berikut :

Pergi Ke Kedai Membeli Ragi
Singgah Sebentar di Pasar Tani
Bulan Ramadhan Kembali Lagi
Maknanya Raya Menjelang Nanti

Sekian, Wassalam.
Terima Kasih.

YAA DATUK MAHAMMAD BIN IBRAHIM
KETUA HAKIM SYARIE
MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
10hb OGOS 2010

FaLang translation system by Faboba