Laman Web Rasmi

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perutusan Ketua Hakim Syarie Sempena Maal Hijrah 1431 H & Awal Tahun 2010

 

basmallah

gambar ketua hakim syarie melaka

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera satu Malaysia dan sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kudratNya masih diberi kesempatan untuk saya selaku Ketua Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) untuk menitip sedikit ucapan buat pelawat laman web MSNM ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1431 dan juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 buat anda semua. Semoga Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010 akan memberi lebih sinar kepada MSNM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dalam mengendalikan dan menyelesaikan kes-kes Mal dan Jenayah.

Sepanjang tahun 2009 ini, saya berpuas hati terhadap pengendalian kes di Jabatan ini, namun ini tidak bermakna kami boleh berlapang dada dan bersenang hati. Saya selaku wakil Jabatan ini akan cuba berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan kes-kes serta mengurangkan kes-kes tertangguh pada tahun 2010 ini.

Menjelang Melaka Maju 2010 ini, MSNM juga mensasarkan agar tahun 2010 akan maju dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berteraskan MS ISO 9001:2008, Amalan Kerja 5S, System Star Rating (SSR) dan Key Performance Indicators (KPI) sejajar dengan pelancaran program peringkat Jabatan ini yang telah diadakan pada 9.12.2009 di Hotel Avilion Legacy, Melaka.

Di kesempatan ini juga dan sempena tahun baru Hijrah serta tahun 2010 ini, kami mengharapkan agar satu penghijrahan dijadikan tunggak kepada semua kakitangan untuk sama-sama menjadi penggerak jabatan ini agar tadbir urus jabatan menjadi lebih mantap dan kepuasan hati pelanggan menjadi keutamaan, selaras dengan dasar kerajaan ‘rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan’. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pelanggan melalui laman web ini atau maklum balas pelanggan untuk penambahbaikan Jabatan ini dan segala teguran dan komen yang membina adalah amat dihargai.

Akhir kalam, saya merujuk kepada surat Ar Raad: Ayat 11 yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sehingga mereka berubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri’, sama-samalah kita tanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri untuk memperbaiki diri agar menjadi penjawat awam yang mendukung amanah dalam melaksanakan kerja harian. Bekerjalah kerana Allah, bersabar menghadapi ujian, berhemah dalam melaksanakannya, berjihad dalam semua bidang kerjaya.

"MAHKAMAH SYARIAH BOLEH"

Y.A.A. Datuk Mahammad bin Ibrahim
Ketua Hakim Syarie,
Mahkamah Syariah Negeri Melaka

 

FaLang translation system by Faboba