Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN

25 April 2022 | 23 Ramadhan 1443H (Isnin) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka (PGSM) telah mengadakan Majlis Perasmian Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Kalsom Binti Nordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan Negeri Melaka. Program ini dihadiri oleh pengurusan tertinggi MSNM iaitu YA Tuan Abdul Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Azmi Bin Ibrahim, Hakim Makamah Tinggi Syariah, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar. Selain daripada itu, wakil daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka (PGSM) yang terdiri daripada Ybhg Datuk Adli Bin Ithin, Presiden PGSM, YBhg Datin Rofsinah Binti Rahmat, Timbalan Presiden PGSM, Tuan Amirrudin Bin Datuk Abdul Latip, Yang Dipertua KKSR dan barisan Jawatankuasa KKSR dan PGSM serta peserta Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443H.

Program ini adalah sebagai pelancaran program agihan barang-barang kepada penerima yang terdiri di kalangan orang yang kurang bernasib baik Negeri Melaka. Dalam ucapan YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menyatakan bahawa sumbangan yang berjaya dikumpul pada kali ini, adalah sebanyak RM20,500.00 yang akan diagihkan kepada penerima sumbangan seramai 180 orang fakir miskin dan fisabilillah sekitar negeri Melaka. YAA Datuk sendiri akan mengetuai konvoi yang terdiri dari warga Mahkamah Syariah dan Peguam Syarie Negeri Melaka sebanyak 15 kenderaan. Agihan berupa barang keperluan asas dan wang tunai. Dalam ucapan YB Datuk Hajjah Kalsom Binti Nordin pula telah menyatakan merakamkan ucapan penghargaan kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan program pada hari ini. Beliau menyatakan bahawa program sebegini akan mengubah tanggapan masyarakat bahawa Mahkamah Syariah bukan sahaja tempat untuk menjatuhkan hukuman, tegas dan adil dalam menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak, sebalikmya Mahkamah Syariah boleh memperuntukkan ruang untuk melakukan program kebajikan dan infaq. Beliau sangat teruja apabila mengetahui hasil sumbangan yang telah berjaya dikutip dalam tempoh yang singkat bagi tujuan program ini.

Hasil sumbangan yang besar ini membuktikan hubungan erat antara Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka dalam melaksanakan kerja-kerja amal. Ini akan meningkatkan imej Mahkamah Syariah di sisi masyarakat dan memberi persepsi yang positif. Program seperti ini dapat mendukung aspirasi kerajaan yang menepati teras “ Perkongsian Kemakmuran” yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat. YB Datuk turut menyatakan bahawa beliau memerlukan jabatan seperti Mahkamah Syariah Negeri Melaka ini untuk sama-sama turun padang membantu kerajaan negeri khususnya jabatan di bawah porrfolio YB Datuk. Beliau juga memohon agar maklumat penerima disalurkan ke pejabat YB Datuk untuk tindakan susulan dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana program ini memberikan impak yang lebih besar dan terarah kepada golongan sasar yang selama ini mungkin terlepas pandang atau keciciran.

Selepas gimik perasmian, YB Datuk telah menyerahkan bantuan kepada 3 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, yang mempunyai penyakit kritikal dan warga emas. Seusai majlis penyerahan cenderamata kepada YB Datuk, program diakhiri dengan sesi bergambar antara barisan pengurusan tertinggi MSNM, peguam syarie dan pegawai serta kakitangan MSNM. Terima kasih kepada YB Datuk Hajjah Kalsom Binti Nordin atas kesudian merasmikan Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443H, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan MSNM, urusetia, dan barisan Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi MSNM dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka. Diharapkan proses agihan Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443H bermula 26 April 2022 akan berjalan dengan lancar, Amin.

MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H MAJLIS PERASMIAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H

 

FaLang translation system by Faboba