Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM 21 Ogos 2015 -Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)  telah menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ketiga (SMS-3) Tahun 2015  yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos  2015 bertempat di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Seramai 65 orang atlet terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM termasuk Pendakwaan dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam temasya sukan ini yang diadakan hanya setiap dua tahun sekali.

21 Ogos 2015 -Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)  telah menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ketiga (SMS-3) Tahun 2015  yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos  2015 bertempat di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Seramai 65 orang atlet terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSNM termasuk Pendakwaan dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam temasya sukan ini yang diadakan hanya setiap dua tahun sekali.

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
 

Kontijen MSNM telah bertolak awal ke Pulau Pinang pada 19 Ogos malam  dengan menaiki dua buah bas (Kerajaan Negeri Melaka dan Sekolah Menengah Syarifah Rodziah)  untuk mengadakan aktiviti lawatan ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang keesokkan harinya bertujuan memberi semangat kepada atlet-atlet memberikan persembahan yang terbaik dalam acara sukan. Antara tempat lawatan yang dilawati ialah Bukit Bendera, Padang Kota, Batu Feringgi dan lain-lain.

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM


Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang (JKSNPP) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) ini juga melibatkan penyertaan semua Pegawai Syariah dan kakitangan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia  serta beberapa kakitangan kerajaan negeri yang dianggarkan penyertaan kesemuanya berjumlah lebih 1000 orang. Antara acara sukan yang dipertandingkan  ialah Bola Sepak 9 Sebelah, Petanque, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Boling, Karom, Dart, Ping Pong,Sepak Raga Bulata dan Menembak (khusus untuk Ketua Hakim Syarie dan Hakim sahaja).


Majlis Perasmian SMS 3 telah diadakan di Stadium USM pada 19 haribulan, bermula jam 8.00 malam dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pulau Pinang, Yb Dato Hj. Mohd Rashid Hasnon. Majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang cukup meriah apabila perarakan setiap kontijen negeri-negeri yang mempamerkan persembahan perarakan dengan gaya tersendiri.Kontijen MSNM telah memberikan kelainan pada perarakan dengan memakai pakaian korporat “Don’t Mess With Melaka” dan persembahan silat 5pahlawan terdiri daripada kakitangan MSNM sendiri.

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM


Majlis Penutup pula berlangsung dengan jayanya pada hari terakhir program dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ,Datuk Asyraf Wajdi Bin Dusuki.Upacara Pegumuman  Keputusan keseluruan  acara sukan  dan kedudukan pingat keseluruhan telah diumumkan selesai sahaja perasmian majlis penutup itu. Kemudian majlis penyerahan piala pusingan kepada negeri yang bakal menjadi tuan rumah pada SMS 4 Tahun 2017 iaitu Negeri Melaka.

MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM
 
MSNM Menyertai Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali 3 (SMS3)Tahun 2015 Di USM


MSNM telah berjaya membawa pulang lima pingat dalam kejohanan SMS 3  berbanding SMS 2 2013 sebanyak tiga pingat sahaja. Acara sukan tersebut ialah Bola Sepak 9 Sebelah (emas), Badminton bagi kategori beregu perempuan(emas) dan Karom,Dart dan Petanque masing Perak. Hasil pungutan pingat tersebut, MSNM mendapat kedudukan yang keenam  terbaik daripada 13 Kontijen. Selain itu, MSNM juga berjaya mendapat tempat ke3 bagi perarakan kontijen terbaik. Syabas diucapkan atas kejayaan yang amat membanggakan tersebut. Semoga MSNM terus mengekalkan dan mempertingkatkan kemajuan ini dalam Kejohanan SMS 4 Tahun 2017 pula.

 

Berita dan Gambar Disediakan Oleh: Pn.Izzah Hanani Binti Suhaimi

FaLang translation system by Faboba