Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

AUDIT PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

27-30 April 2020 | 4-7 Ramadhan 1441H - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah diaudit oleh pihak SIRIM secara Remote Audit bagi tujuan Pensijilan Semula ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 yang mana akan tamat pada 4 Mei 2020. Puan Hanida Binti Ghazali selaku Audit Team Leader bersama Ustaz Hisham Sobri (Pakar Teknikal) telah melaksanakan pengauditan ke atas dokumentasi Prosedur Kualiti, Manual Kualiti, Pelan Pengurusan Risiko dan Isu-Isu Kritikal Syariah. Juruaudit juga menyemak dokumen-dokumen secara atas talian terhadap pentadbiran,rekod audit dalam dan rekod Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang telah diadakan pada 20 April 2020. Pengauditan ini adalah bersifat partial audit di mana pihak Sirim akan melaksanakan audit di lapangan selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syabas kepada Pengurusan Tertinggi,Wakil Pengurusan,pegawai dan kakitangan MSNM,urusetia dan semua ahli jawatankuasa Sekretariat ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 atas komitmen dan usaha menjayakan kejayaan pengauditan pada kali ini yang mana setakat ini tiada ketaakuran (NCR) dicatatkan.

AUDIT PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

Disediakan Oleh: Aisah Binti Saleh

FaLang translation system by Faboba