Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Wacana Ilmu Siri 1/2021 Mahkamah Syariah Negeri Melaka Konsep Penghinaan Mahkamah Di Mahkamah Syariah

26 Februari 2021 | 14 Rejab 1442H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah menganjurkan Wacana Ilmu Siri 1/2021 bertajuk Konsep Penghinaan Mahkamah di Mahkamah Syariah. Ceramah telah disampaikan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh YA Tuan Abdul Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Mohd Saifudin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan, Tuan/Puan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.


Objektif pelaksanaan Wacana Ilmu bersiri ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan penjelasan tentang prosiding Penghinaan Mahkamah dalam bentuk penghinaan Sivil/Mal atau Jenayah samaada secara langsung atau tidak langsung. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh peserta disusuli pelbagai soalan dan isu telah diperbincangkan.


Sekalung penghargaan kepada YAA Datuk yang sudi berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman.

wacana 1 wacana 2 wacana 3
wacana 4 wacana 5 wacana 6
FaLang translation system by Faboba