Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

BERITA MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN DOA SELAMAT MEMOHON PERLINDUNGAN DAN KESEMBUHAN KEPADA PESAKIT COVID-19

17 Jun 2021 | 6 Zulkaedah 1442H (Khamis) - Warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan bacaan Surah Yaasin dan doa selamat secara beramai-ramai memohon perlindungan dan kesembuhan dari Allah SWT dari wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara. Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KKSR MSNM) dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat MSNM secara atas talian memandangkan pelaksanaan ‘total lockdown’ PKP 3.0 bermula 1 hingga 28 Jun 2021 masih berkuat kuasa.

 Bacaan Yaasin MSNM

Bacaan Surah Yaasin telah dimulakan sekitar jam 10.00 pagi dengan penyertaan warga ibu pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka termasuk Mahkamah Daerah dan diteruskan dengan bacaan doa selamat dibawah pimpinan Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah. Majlis ini juga dianjurkan khas untuk memohon kesembuhan kepada keluarga Puan Saliyati binti Sahop, Jurubahasa MSNM yang dijangkiti wabak Covid-19 dan sedang dalam menjalani rawatan.

Bacaan Yaasin MSNM

Dalam ucapan aluan, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM turut memberikan kata-kata semangat kepada Puan Saliyati agar terus tabah atas musibah yang menimpa keluarganya dan memberi peringatan kepada semua warga kerja MSNM agar menjaga keselamatan diri dan keluarga dari dijangkiti wabat tersebut. Majlis selesai sekitar jam 10.45 pagi dan ditutup dengan sesi fotografi beramai-ramai menerusi talian Cisco Webex Meetings.

FaLang translation system by Faboba