Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

MESYUARAT HAKIM-HAKIM MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA BIL. 1 TAHUN 2021

18 Jun 2021 | 7 Zulkaedah 1442H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan Mesyuarat Hakim-Hakim MSNM Bil. 1 Tahun 2021 secara atas talian menggunakan perisian/saluran Webex bermula jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini telah disertai seramai 22 orang pegawai dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman. Turut hadir adalah YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar-Pendaftar serta ketua-ketua Unit.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk pihak pengurusan tertinggi MSNM memantau pengurusan dan pengendalian kes-kes di semua peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, prosiding sulh dan Bahagian Sokongan Keluarga berjalan dengan sempurna serta memastikan sasaran KPI Jabatan dapat tercapai. Di samping itu, ia menjadi medan perbincangan bagi pegawai-pegawai MSNM dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu kehakiman yang boleh diselesaikan dengan segera.

Mesyuarat juga membincangkan perkhidmatan kehakiman yang boleh diberikan kepada pelanggan MSNM yang terdiri daripada pihak-pihak yang terlibat dengan kes dan juga Peguam Syarie semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa. Mesyuarat berakhir jam 12.15 tengahari dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

Mesyuarat Hakim-Hakim MSNM Bil 1/2021

FaLang translation system by Faboba