Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA (PENJALANAN MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH) (NEGERI MELAKA) 2021

6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H (Rabu) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan program Taklimat Kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Melaka (Penjalanan Mahkamah Syariah Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh) Negeri Melaka 2021. Taklimat tersebut dilaksanakan secara dalam talian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa 1 Jun sehingga 12 Julai 2021. Program bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan dari YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM).

Selanjutnya, taklimat telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saifuddin bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan MSNM kepada 35 orang peserta yang terdiri dari YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-pegawai dari Unit Sulh, Unit Dasar & Penyelidikan dan Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Penolong-penolong Pendaftar serta Pembantu-pembantu Syariah.

Untuk rekod, kaedah-kaedah tersebut telah disiarkan dalam Warta Kerajaan bertarikh 24 Jun 2021. Taklimat yang diadakan hari ini selain untuk memberi pemakluman dan penerangan kepada warga MSNM berkenaan tatacara pengurusan kes secara atas talian, juga memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan sebarang persoalan dan permasalahan yang telah dihadapi berkaitan pelaksanaan perbicaraan secara atas talian 'ONLINE' sebelum ini. Pihak MSNM juga sedang merancang untuk mengadakan satu perbincangan dan taklimat bersama barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Melaka, peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka dalam masa terdekat. Taklimat berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dengan sesi fotografi beramai-ramai menerusi talian Cisco Webex Meetings.

Taklimat Kaedah-kaedah Tatacara Mal MSNM

FaLang translation system by Faboba